Saturday, 6 December 2014

.


ok.
bila ada orang cakap dunia nie perlu berhati-hati dengan kawan..
yah,mungkin aku patut...
tapi...

macam mana..
perlu jadi jahat so nanti orang lain x pijak kepala?..mahu ditakuti berbanding di sanjungi..?
woah woah..
ini ke dunia sekarang?
takut melakukan kebaikan..?
tapi..

apa salah nya kita jadi baik..yang nak pijak tu biar tak reti nak berdiri balik?
haha..
manusia penuh dengan idealogi sendiri yg mungkin merapu..
paranoia manusia...

manusia sekarang takut dengan satu wabak..bukan penyakit tapi..
satu perbezaan..

takut perbezaan tu akan berleluasa dan manusia akan tahu maksud kehidupan yang bebas..
manusia tak akan menjadi sama..

Takpe manusia kan tak sama..

tawar.


ketawa..
atau pun yang sama speciesnya dengan tawa hilai kau..
menyembunyi kn 1001 perasaan yg kau simpan rapi..;mungkin..

tapi ada satu detik yg panjang jugaklah..
berdetik-detik org kata..
kita,satu sekolah berdiri tegak;hormat .
Patriotik.
Lain..Nyanyi..

kau?
haha
senyum..

aku pulak yang tak menghormati lagu kebangsaan..(ceh) 
kagum dengan apa yang aku lihat..

senyuman tu..
tak pernah pulak aku nampak sebelum ni...

ah! ya!
satu perkataan. :)
TAWAR.
bukan seperti air yang ada dalam botol aku..
tapi lain..

hari tulah aku nampak.diri kau yang 180 percent lain..
senyuman kau macam sedang menghilangkan lelah...

Lelah yang kau simpan rapi..tak mahu orang lain ketahui,mungkin..
dan mungkin ada juga mata-mata lain yang syok nyanyi lagu yang dihormati..atau sedang jerit barangkali.
tak perasan dengan diri kau..

pelik kan?
haih..dah macam citer harry potter lak..
dah ah drama semua nie


dunia akhirat


Satu je kelemahan diri aku yang aku tak boleh ubah..
Cepat menganggap orang lain "Kawan dunia akhirat aku"

Aku senang dengan orang itu dan ini,Tapi kesenangan tu akan hilang bila aku mulai fed up..

Fed up?
Ya,fed up bile kepala aku yg aku rendahkan ,dipijak pijak...
Marah aku mungkin sekejap dan tak akan lama..
sebab aku tahu satu perasaan apabila dibenci itu..menyakitkan..

Amat sakit..
Jauh sekali nak membenci orang yang membenci aku..sebab mungkin dia salah faham..dan buat apa aku menjadi perkara yang aku tak suka ..(kebencian)

Setiap Kawan yang aku label as a kawan dunia dan akhirat nie seseorang yang memiliki satu tempat di dalam hidup aku..

Tapi perasaan nie memerlukan kedua-dua pihak..menjaga antara satu sama lain..ye kut
Tapi entah..
Aku cuba bagi tau yg perkara ini akan kekal..
Tp bukan dia..yg mudah percaya kata2 org yg hanya membenci persahabatan antara dia dan aku..

Aq tak tahu...
Entahla..
Kawan..nama pun kawan x kekal..
Dunia dan akhirat yg banyak perbezaan nya..
Kekal dan musnah ; sementara

gerak hati

macam selalu.
setiap kali aku dan kau ditemukan;mungkin takdir
aku diam.kau diam
masa bagai terhenti..

kau kata aku membenci kau
dan aku kata kau membenci aku
dan masa yang terhenti tu bagai gerak semula .
kau jalan;tinggalkan aku
aku?
masih berdiri;kaku
aku paling kepada kau;yang terus terusan membuat aku buntu..
buntu adakah aku membenci kau?
atau tetap menyayangi kau sebagai teman aku?

dan ya,masa.kekal berjalan membuat kan kau jauh dari pandangan aku
sehingga datangnya orang yang asing bagi kisah kau dan aku.
kelihatan mesra bersama kau.

itu.
membuatkan hadirnya satu rasa.BENCI
bukan untuk kau..
tapi untuk aku; loser
sebab aku kekal berdiri di sini..

tapi bukan hati aku..
hati aku tetap pada kau..
sebab tu aku kata pada diri aku..
setiap masa.
aku ada gerak hati..gerak hati aku pada kau.




yang aku tak pasti.
Sakitkn?

Thursday, 6 November 2014

diri aku

aku gadis yang suka memberontak..
lebih suka berpuisi sendiri,melihat dunia dari segi yang sendiri..
ah! aku tak kisah apa kata mereka..
jatuh bangun aku,tak pernah kau rasa..

aku suka memaafkan orang lain..
pada aku,tidak dimaafkan itu terlalu perit..
Sebab aku selalu menjadi mangsanyaa..
jadi aku faham sakit dia

aku sukar difahami,kadang-kadang aku baran. 
aku boleh menjadi perlindung,keras kepala dan juga menyayangi..

aku disalah tafsir dan terus dikritik oleh telunjuk manusia yang tak pernah lurus..
dan aku memberontak..

sayang ?
pernah terbit dalam hidupku sebelum  ia mati dihapus oleh makhluk perosak yang entah siapa aku telah hapuskan juga....

kadang-kadang aku suka pada kegelapan yang mereka kata penuh dengan kejahatan..
ah! tapi keindahan malam itu satu ciptaan Tuhan yang maha berkuasa..
aku lihat sesuatu dalam mata seni..
sukar difahami..
mungkin aku terlalu sakit...

aku kadang-kadang benci melihat manusia yang sama seperti aku tapi egonya tinggi melangit;sifat mementingkan diri tertanam dalam diri cuma disebabkan umur yang hanya sejengkal jaraknya..
aku manusia..kau pun sama..
apa kau lupa ada yang lebih berkuasa?

perkataan makian memang aku sering ungkap tapi hanya untuk semua;semua yang x kenal erti hormat dan hargai..
aku ada kesabaran..tapi mungkin aku bukan yang baik untuk menahannya..

aku hanya manusia...
manusia yang lemah dan suka memberontak..
aku nak mereka tahu aku suka menyayangi dan benci untuk memarahi..
tapi sayang x pernah dihargai..

sakit di dadaku aku pendam..
liku hidupku aku simpan..
tipu daya kau aku pejam rapat..
janji taat kau aku pekakkan..

ah! manusia..dunia...
hidup berlandaskan nafsu..
sama seperti aku..
tiada kurangnya..
itu aku..aku yang ingin sempurna tapi tiada apa yang sempurna..

_manusia_
11.24 pm

Thursday, 23 October 2014

Biarkan

"biarkan mereka"
itu diri kau yang tak tahu erti marah..
ayat keramat yang kau terus dan terus luahkan dengan penuh tenang...
tapi mengapa?

kau punya masa dan ruang untuk marah dan membalas tapi kau diamkan saja seperti mereka itu anak-anak kecil yang tak mengerti erti kedewasaan..

aku suka dengan pendirian kau;tak mengendahkan mereka
;si anak kecil

tapi apabila anak kecil kelak menjadi besar dan akan menyakiti kau..
aku takut akan kehilangan kau dan masa itu aku mengatakan "bunuhlah mereka"

tapi kau akan teruskan mengatakan
"biarkan mereka" 
....._________________.
-manusia

bodoH

"Sial"
ayat yang hanya dapat aku luahkan setiap kali aku lihat kau

kau yang mencari kasih dan sayang 
kau yang mecari cinta dan setia
tapi kau lupa untuk mencari siapa dia
ah!
kau buta sayang..terlalu buta
untuk sedar akan kehadiran cinta dari aku yang sering bersama kau.

kau hanya menunggu cinta itu dari orang yang kau kehendaki bukan dari semua..
kau buta untuk melihat aku
dan aku bodoh untuk terus mencintai kau..

-manusia

SAHABAT

di hadapan aku
ada seorang insan yang hidupnya 
penuh dengan harapan; harapan yang palsu dan nyata

kekal tersenyum..seperti tiada apa yang menyakitinya...
dan
di hadapan aku juga seorang insan;
memberikan dan mengajarkan aku erti
sebuah persahabatan.

dia tersenyum walau beberapa kali disakiti
aduhai rakan..
hidupmu terlalu sakit..
penuh dengan kesakitan dan ya,kau terus tersenyum seperti tiada apa yang berlaku...

-manusia